Thursday, April 25, 2013

Allah pujuk .. sweet nyeeeee !



Sebelum ni , aku pernah menangis disebabkan satu kekecewaan yang teramat sangat . Menangis seharian . sungguh ! yang aku tahu masa tu , aku menangis , tertidur , menangis dan tertidur sampai laa esok pagi . Masa tu ramai orang cuba pujuk . dan aku hanya kata aku okey . tapi dalam hati , macam berperang . 

Bukanlah sebelum ni aku tak pernah menangis . Pernah tu pernah . tapi , tak seteruk hari tu . hari apa ? itulah hari pengambilan keputusan SPM . sebulan yg lepas . Sedih sangat sebab tak mampu nak bahagiakan mama abah . sedih sebab melihat mama abah menangis . ya Allah , setitis air mata ibu tumpah sebab kesedihan tentang kita , 10 kebajikan hilang . Mana laa aku tak sentap .

Tu semua bagai mimpi . Mimpi yang menakutkan ! Mimpi yang aku rasa aku tak nak diulang semula . Masa tu kalau orang pujuk aku , mesti dia akan cakap , "sabar ye . mesti ada hikmah." dalam keadaan otak yang kusut tu , aku tak boleh nak terima apa-apa advice . bagi aku , mereka tak pernah ada dalam keadaan aku , sebab tu mereka senang kata SABAR . Astaghfirullah ..

Tu kisah sebulan yang lepas . dan hari semalam , adalah dalam sejarah . sejarah kehidupan aku . satu keadaan yang mana aku langsung tak sangka . satu keadaan yang dah buat mama abah tersenyum bahagia . Ya Allah , sungguh aku cakap , tiada satu yang membahagiakan diri ni melainkan melihat kebahagiaan mama abah . Saat dapat tahu keputusan tu , air mata menitis . aku ketawa seolah tak percaya . tapi , dalam tawa ada tangisan . tangisan yang beerti . 

Benda pertama yang terlintas adalah , aku mesti ucap syukur pada Allah . sebab Dia yang izinkan aku ke sana . sebab Dia yang gerakkan hati pemilih kat DQ tu untuk pilih nama aku . sebab Dia dah perkenankan doa mama abah . doa sahabat , doa aku mungkin . 

Masa tu , aku terfikir , dulu aku pernah bertanya , kenapa Allah bagi ujian GAGAL untuk aku ? kenapa aku ? ya Allah , rasa malu sangat masa tu ! dan kali ni , Allah pujuk hati aku . Allah pujuk diri aku . ya Allah , kenapa selama ni aku BUTA dengan CINTA kau pada aku ? kenapa selama ni aku tak pernah rasa nikmat SYUKUR tu ? masa tu , tangis jadi saksi . call abah , menangis . call mama dan sekali lagi aku menangis . tak tahu nak cakap macam mana .

tarikh mendaftar 12 mei 2013 . ada lagi 2 minggu . sahabat , doakan perjuangan aku disana kelak . terima kasih kerana mendoakan aku . terima kasih kerana ada saat aku jatuh dan bangun semula . terima kasih kerana selalu suport aku walau kadang aku macam tak seda kehadiran kalian . Ya Allah , syukur sangat sebab kau hadirkan mereka yang sentiasa disisi ! 


saya disini ye sahabat . tak hilang dan takkan menghilang . ^__^

sekian .









Tak feel laa masuk SYURGA nafsi-nafsi . Kita masuk sesame dehh ^_^v

No comments:

permata aty mama abah

Daisypath Happy Birthday tickers