Thursday, April 18, 2013

husnudzhon laa skeq


perbualan ni adalah benda yang benar . sungguh . aku tak reka .

si A : B , semalam aku iring jenazah seorang perempuan ni . Masa hidup dia , dia asyik menjaja cerita orang sana-sini . pendek kata , asal dapat tau gosip je , mesti daripada mulut dia laa .

si B : Semalam ehh ? semalam bukan hari Jumaat ke ?

Si A : tu yang aku pelik tu . orang kata , orang yang meninggal dunia hari Jumaat ni , Allah muliakan .

Si B : A , kau percaya tak dengan hadis nabi ?

Si A : Mesti laa percaya . kata Islam .

Si B : nabi dah kata dah , bukan sebarang orang yang boleh meninggal pada hari Jumaat . Tu orang-orang  yang Allah pilih .

Si A diam . malu mungkin . Ohh ye , pasal meninggal hari Jumaat tu , aku tak tahu laa sahih ke dak . aku cuma nak ke tengah kan sifat husnuzhon yg perlu dipasakkan dalam kepala . ok .

tu laa dia orang zaman Y ni . Apa yang dia nampak , laju je buat konklusi sendiri . Tade dah nak selidik-selidik . dop ingat ke apa yang kekasih kita ( Nabi Muhammad ) kata ..
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
hah ? kata sayang Nabi kan ~ so , husnudzhon laa skeq . ni , pesan abah aku . sebabnya , abah yang cerita kisah ni kat aku dalam kereta . satu sikap abah yang aku sangat suka , dia takkan biarkan kitaorang mengisi masa dalam kereta tu dengan sia-sia . nanti , mesti dia akan bukak apa-apa topik . kira berusrah laa . *oke , ini selingan*

abah : kak , tahu tak apa yang abah cuba nak sampaikan ?
akak : < diam >
abah : jasad dan roh manusia ni , Allah yang pegang . Manusia tu lagi mulia kalau dia buat baik , tapi tade orang pon yang tahu . contohnya , macam perempuan yang diceritakan tu , memang secara fizikalnya , kita nampak dia hina . jaja cerita orang . buat gosip sini-sana . tapi , kita tak tahu . pahala yang dia buat banyak mana sampai Allah pilih dia meninggal dunia hari Jumaat . Kita bukan tak tahu . hari Jumaat tu , penghulu hari .
akak : < semakin terdiam >
abah : Kita ni kak , bangun qiam tiap-tiap malam , berdakwah , berzikirnya lagi .. tapi , kita tak tahu amalan kita yang kononnya banyak tu Allah terima ke tak . entah-entah , ada satu dosa kita , yang Allah tak dapat nak ampunkan . hah ? macam makcik tu , dosa dia , kita nampak macam banyak , entah-entah , ada satu pahala dia yang Allah betul-betul redha . kita tak tahu .
akak : < airmata dah nak mengalir dah . mujur duduk belakang >
abah : tapi , tu laa manusia . nampak orang pergi surau lima waktu , dengar orang tu mengaji , baru laa nak dikatakan ahli syurga . mati komfem khusnul khatimah dan bla bla bla . tapi , orang yg nampak jahat tu , terus menghukum . yang adili manusia nanti , manusia juga ke Allah ?
akak : < menangis >

dan abah terus bawa kereta . ya Allah , sumpah syahdu ! ohh ye , mama ni jenis pendiam sikit . sebba tu , kalau bab menyampuk , berdebat , abah mesti ajak aku dan masa ni adik-adik aku tade . sekian . masa tu , aku pon terfikir , aku pon tak ubah macam apa yang abah cakap tu . cepat sangat adili orang .

ade member aku , buat perkara memang terkutuk gila laa . bila orang lain tahu , semua pakat dok hina dia . mengata macam-macam . sampai lari sekolah laa budak tu . malu punya pasal . dan , setahun lepas tu , aku dapat tahu , dia dah berjaya jejakkan kaki kat BAITULLAH ! tau dop , orang yg dapat pergi MEKAH tu , adalah sebab KEIZINAN ALLAH ? aku pon tak pernah beb jejak lagi kat sana . budak tu dha pernah menangis dah pon depan KAABAH . hah ~ siapa kata manusia tu terus berdosa sampai dah tade kemaafan daripada ALLAH .

*mata berhabuk*

so guess , berbaik sangkalah dengan semua orang . pandang orang dengan kacamata mahabbah . jangan cepat sangat adili orang . kita kutuk orang buat dosa . so , apa bezanya kita dengan dia . aku selalu pegang kata-kata pendakwah kat twitter tu , kita ni pendosa tanpa noktah dan kita kena minta taubat tanpa banyak alasan sebab pintu taubat tu sentiasa terbuka 24 hours !

so , ingat pesan dr.muhaya , apa kita ADA , kita mesti BERI dan yang tu laa yang kita akan DAPAT .

sekian .


Tak feel laa masuk SYURGA nafsi-nafsi . Kita masuk sesame dehh ^_^v

No comments:

permata aty mama abah

Daisypath Happy Birthday tickers