Sunday, April 21, 2013

Jom mengundi dengan akal bukan dengan mulut

PERINGATAN KERAS : entry politik ni , aku tak memihak kepada mana-mana pihak ye . Undi adalah rahsia . jangan main serkap jarang je . sekian .
PRU13 semakin menghampiri . Masa ni , aku dah rasa macam nak raya je . gila meriah laa bendera sini sana . opss . aku masih muda remaja yup . last aku sedar nak mengundi masa tu aku darjah 6 . kau ingat time darjah 6 tu , aku dah kenal dunia ke ? sedar apa pon tak lagi .
dan , bila umur dah menginjak kepada ala-ala lapan belas manis *sweet eighteen* ni , barulah aku betul-betul faham apa yang dinamakan mengundi . jenuh jugak laa mamabah nak terangkan dekat aku pasal tu ini . dan , menjadi identiti diri aku , aku lebih suka mengkaji daripada dengar cerita orang . sebab , kalau dengar cerita orang , kita tak tahu sahih ke tak .
kadang-kadang , bila dengar cerita orang yang macam-macam fifty-fifty tu , nak je aku pergi jumpa yang berkenaan dan tanya sendiri . contohnya laa kan , orang dok sibuk-sibuk pasal cincin Puan Rosmah yang kononnya dia beli pakai duit rakyat tu . nak je aku make a appointment dan ..
Aku : Puan , cantik cincin . mesti mahalkan ?
Puan rosmah : Ehh , mana ada . biasa-biasa je ni . Awak pon boleh beli saya rasa .
Aku : Saya tak suka pakai barang kemas . untung suami saya , puan . Puan , agaknya laa kan , mana ye puan dapat duit beli cincin tu ? mesti laa mahalkan ? ke puan ada kerja apa-apa ? atau , macam mana tu puan ..
Puan Rosmah : Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ....
Aku : Ohh , macam tu . 
hah ? nampak tak ? aku memang nak sangat rasa nak buat macam tu . Sebab , aku terfikir juga , mana laa kan dorang buat cerita atau konklusi sendiri macam tu . Orang yang dizalimi ni , doa dia lagi makbul dari orang lain . hah ~
"Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Risau betul aku dengan orang zaman sekarang ni . Mentang-mentang dunia makin canggih , semua medium dia nak tabur cerita sana sini . hayyooo kawan . buka minda bukan mulut . cuba buat timbang tara dan selidiki dalam-dalam .

pada aku laa , aku tak kisah pon siapa menang sebenarnya . sebab , manusia kan , manusia mana yang tak pernah buat silap dalam hidup . kang mengungkit kisah lama , kata menghalang beliau  nak berubah jadi baik . oke oke . menyelidik dengan kematangan . tapi , aku ada laa juga berpihak kepada satu pihak . utuh lagi tu . bila dah menang , aku hope , tolong laa bawa suasana Islam . masukkan islam tu dalam Malaysia . baru laa yg dinamakan negara Islam . aku tengok barisan kepimpinan baru satu parti ni boleh tahan juga . dan aku tau mereka ada nafas baru !

aku bukan menyokong sesatu parti tu sebab family aku sokong juga . no . mungkin kajian aku belum cukup berjaya . aku tau , kajian aku akan berjaya bila sesatu parti tu dah memerintah lepas PRU13 . dan , aku tana tersilap undi kalau aku dah lepas 21 nanti . huu ~ takkan oke !

aku sangat kecewa dengan orang yg ambil keputusan tak nak mengundi . aku ni dah tahap mengelupur nak mengundi . bagi aku boleh tak ? biar aku ganti .aisehh . aku siap plan nak ikut mama pergi mengundi lagi tu . negara ni kat tangan anda ! anda tak undi , satu undian tu sangat bermakna . kalau laa aku jadi calon kan , mau gak bersujud aku suruh orang-orang yg tak nak mengundi ni , mengundi juga . memaksa .

apa-apa pon , aku ni masih belum capai akil baligh dalam nak menentukan hala tuju negara . *menangis* aku hope sangat , pada pengundi sekalian , undilah dengan pilihan yg betul . undilah pemimpin yg betul-betul boleh takbir negara . hiraukan cerita-cerita yang belum tentu mendatangkan kesahihan . hidup kita ni tak tahu bilanya nak berakhir , tetapi kalau boleh , nak juga merasa keamanan dan hidup dalam dunia Islam sebelum mati tu menjemput .

dan satu lagi , aku cukup tak suka orang yang tiada hormatnya pada pemimpin serta ahli keluarga pemimpin . cukup aku tak suka . such as , orang kutuk rambut Puan Rosmah sebagai misal . dia mungkin ada ketidak pandaian apabila dia tak menutup aurat . tapi , apa beza nya kalian dengan dia ? dia ada dosa dia tak tutup aurat dan kalian mengejeknya macam mengejek tu satu benda yg dibolehkan dan pahalanya berganda . come on laa . aku tak nampak dimana kemuliannya dengan mengata macam tu .

oke . entry aku kali ni macam panas dan membakar je . haha . maaf laa ye . aku sebagai generasi Y yang tak seberapa ni just nak keluarkan pandangan je . kitakan ada hak nak bersuara . aku tak bersuara sebab aku belum cukup umur . belum capai tahap akil baligh dalam bab-bab ni . opss . ta matang ta semestinya aku harus jadi buta pekak dan bisu pasal politik oke .

para pengundi , kentalkan semangat padukan tenaga ! ganbatte !

sekian . wassalam .



Tak feel laa masuk SYURGA nafsi-nafsi . Kita masuk sesame dehh ^_^v

No comments:

permata aty mama abah

Daisypath Happy Birthday tickers