Friday, November 29, 2013

ya Rabb . aku ingin ...



Sentap . Terkejut . Tiba-tiba , satu dunia kecoh tentang kematian As-syahid Ahmad Ammar .

Umur dia 20 dan aku 18 .

dia bekas student SAMBEST dan aku bekas student SAMER yang acapkali dalam rangking Selangor , sekolah kami tak jauh beza .

sama . banyak persamaan .

berbeza . 

bila di usia 20 tahun tu , dia dah banyak buat kerja dakwah . banyak merantau sini sana dan cuba untuk memahami sejarah ISLAM . dia tak fikir pon pasal penat . yg dia fikir , nasib saudara seagama dengan dia .

Aku .. ? 

Nothing . 

Masa nak dibawa ke perkuburan tu , orang berebut-rebut nak pegang keranda dia . 

aku terfikir sendiri , tentang aku . pengakhiran aku nanti .

apa je yang aku dah buat untuk ISLAM .. ?

apa je jawapan yg aku akan bagi kalau ALLAH tanya , ke mana usia aku dihabiskan .

apa keadaan orang disekeliling aku nanti .. ?

ya Rabb , aku nak sangat jadi macam hamba-Mu ni . 

aku nak dipilih menjadi seseorang yg berakhir hidupnya dengan husnul khatimah .

aku nak berbakti dalam agama-Mu ..

aku nak dipilih untuk menjejaki Jannah-Mu dalam jalan jihad .

aku nak ya Rabb . aku nak .

berilah kekuatan pada aku untuk meneruskan jalan dakwah ni .

berilah kekuatan pada aku , untuk menegakkan satu kebenaran .

segala kekuatan itu milik Kau dan aku mohon berilah aku kekuatan utk agama-Mu .

ya Rabb , pilihlah aku untuk menjadi Jundi ISLAM .

ya Rabb , pandanglah insan naif ni . jika dibumi ni aku tidak dapat pandangan dari-Mu , lalu apalagi yang aku cari diatas mukabumi ni ..

ya Rabb , matikanlah aku dalam keadaan sujud menghadap-Mu .

matikanlah aku dalam kalangan mereka yg syahid yang Kau pasti akan beri JANNAH buat mereka .

ya Rabb , izinkan aku , yang memimpin tangan mamabah , ke Jannah-Mu .

Aminn .




Tak feel laa masuk SYURGA nafsi-nafsi . Kita masuk sesame dehh ^_^v

No comments:

permata aty mama abah

Daisypath Happy Birthday tickers