Monday, May 4, 2020

A Day To Remember

Haii, assalamualaikum gaisssss (walaupun aku sedar diri takkan ada orang yang nak baca).

**post ni akan jadi post yang terpanjang dalam dunia. (AMARAN KERAS BATU 💢)

A day to remember on 16th February 2020.

Macam biasa, aku dengan si SJ (sahabat jannah) always celebrate birthday each other bila tiba hari dan ketikanya dan tak pernah lagilah kiteorang missed celebrate birthday (walaupun aku pernah miss celebrate birthday dia sebenarnya T.T) dan si SJ ni always akan celebrate birthday aku dengan idea luar kotak dia tu. setiap tahun tanpa miss idea luar kotak dia tu muncul. untuk tahun ni, seminggu sebelum birthday aku dia dah minta aku listkan 10 barang yang aku nak dan dia akan pilih 3 daripadanya so jenuh juga aku fikir barang apa yang aku nak, sebab takdelah sampai 10 barang pun dalam kepala aku so aku main tulis je laa. sehari sebelum 16hb tu, kiteorang ke bangi atau lebih spesifik lagi ke rumah kak inaz dan yeayyyy dapat jumpa Yusuf. aku ada kata aku rindu nak jumpa Yusuf so mungkin si SJ ni nak fulfill keinginan aku tu, so dia pun bawa g bangi. malam tu, dia tanya aku, haa cepat pilih tempat mana yang paling awak nak pergi esok. dan aku pun macam .. ehhhhhhh series laaa dia ni sebab dalam kepala aku selain daripada aku teringin nak g Mekah, aku teringin nak g zoo negara! berapa puluh kali dah aku ajak dia g zoo negara tapi dia taknak 😑😑

so, dia pun setuju dan akan sponsor duit tiket aku! yeayyyyyyy akhirnya aku dapat g zoo negara. macam lawakkan di hari birthday yang ke-25 tahun, dengan pakai blouse wardhatul baidha, seluar slack dan sneakers,  aku melangkah kaki ke zoo negara. Zoo buka pukul 9, pukul 8.50 kiteorang dah sampai dan dah masuk parking ya tuan-puan. oke, aku nak clarify kat sini kenapa aku pilih zoo negara. last aku pergi zoo negara adalah masa umur 8 tahun a.k.a waktu aku masih tak sedar aku sedang berada atas dunia yang fana' ni dan masa tu aku pergi atas dasar seronok nak jenjalan je, aku tak puas pun tengok binatang tu betul2 dan that's why bila dah besar ni, aku teringin nak g zoo negara semula dan nak perhati haiwan dengan akal yang dah matang dan sejahtera ni yaaa. kalau aku ajak orang lain, aku pasti takde orang yang nak sebab zoo negara bayar mahal + aku nak sponsor pun tak mampu + akan ada orang yang cakap, kalau kau nak tengok haiwan je, baik kau tengok kat google! so aku ambil peluang ni untuk ajak dia g zoo. wakakakakaka

so, aku akan tinggalkan gambar-gambar kenangan on that day.


korang nampak tak kesopanan dan kesusilaan aku bila pergi zoo negara tu ?

muka bahagia yang terserlah will begin now 👇






                                       

                                                




korang nampak tak muka ketakutan si SJ ? 😂







* aku memang ada masalah dalam nak membaca peta so, she's my map on that day. mana dia suruh pergi, aku pergi.


jadinya, kiteorang tinggalkan zoo negara tu dalam pukul 4 macam tu laa sebab dia memang kata, kita kena sampai kkb sebelum maghrib, jadinya, kaki pun macam dah nak patah berjalan kat dalam zoo, so aku decide pukul 4 tu nak balik kkb .. sampai kkb dalam pukul 6 lebih dan aku memang dah barai teruk waktu tu dan masa nilah dia keluarkan hadiah birthday .. dalam pukul 6.30 macam tu dia bagitahu malam ni kena siap-siap lepas maghrib. dan aku be like, whattttttttttttt .. aku series tak larat gila dah waktu tu sebab rasanya semua tenaga aku habis kat zoo je tapi demi nak appreciate apa yang si SJ tu dah plan, aku gagahkanlah badan aku pegi iron tudung + aku minta izin ngan dia aku nak pakai tshirt je .. biarlah gempak macam mana pun suprise malam tu, aku nak simpan moment tu dengan pakai tshirt je 😂😂

so, lepas maghrib, dia suruh aku masuk kereta dan dia ikatkan mata aku (walaupun masa tu aku memang nak menjaga cap tudung tahap gaban, tapi aku redha je laa) dan aku taktau apa dia buat sampai lama sangat nak keluar rumah dan masuk kereta, lepas habis selesai apa semua tu, dia bawa pergi makan sebab dia kata tempat suprise malam ni takde makanan dan disebabkan kerabakan aku haritu, aku makan yang so-so je dan dia yang makan mahal-mahal 😂😂😂 so memang satu haritu aku tak keluar duit langsung ya kawan-kawan, dia belanja aku semuanya !!! (part ni kalau ingat memang sebak gaisss, sebab aku sendiri tau keadaan duit dia cane tapi dia tak mengeluh sikit pun !!!!!!) so, ni laa tempat makan tu dan maafkanlah muka aku yang rabak teruk tu ya.



habis makan, masuk kereta dan mata aku kena ikat semula. dia bawa kereta dalam keadaan aku tak nampak pape gaissssss dan bila sampai tempat tu, kereta masuk parking dan aku di bawa masuk ke dalam. walaupun sebenarnya aku dah tau, tu kat rumah aku sendiri sebab kantoi dengar notify phone housemate aku 😂😂😂 dan bila dah masuk, lagu dipasang dan mata dibuka ~ dan sekali lagi aku sebak dan memang banjir terusssssss. dia hias bilik tu keseluruhannya masa aku kena ikat mata dan duduk dalam kereta tadi padahal kiteorang memasing memang dah rabak gila lepas balik dari zoo tu. cadar katil tu kiteorang beli sama-sama masa g bangi hari sabtu tu dan dia siap tanya aku lagi mana yang cantik (dan masa tu aku pelik gila bila dia minta opinion aku dan dia terima opinion aku). dan ada belon coklat tu dan memang belon tu aku minta tahun lepas masa konvo yang aku nak belon tu (suka hati aku je kan minta-minta tapi memang aku suka pun cakap nak itu ini dengan dia tapi kalau tak bagi pun takpe, tapi kalau bagi lagi bagus.) dan ada kek cheese, kek yang memang aku teringin lama dah tapi dia selalu kata, sabar sabar nanti dapat laa .. ya Allah, aku terharu gila dan sebab tulah aku banjir tahap gaban 😣😭





so, thanks sista for everything you have done for my 25th birthday celebration. dan tak tahulah berapa banyak duit yang akak habis untuk celebrate birthday tu dengan hadiah apa semua. ohh ya, hadiah yang aku dapat, bantal kucing yang sangat pluffy (dan sebenarnya aku minta kucing munchkin yang hidup) dan telekung siti khadijah warna pink belacan + kotak SK dan sebenarnya ada lagi satu yang dia nak beli sebab nak mencukupkan 3 pilihan walaupun daripada 3 kertas yang dia pilih tu, dia just perlu bagi 1 hadiah je tapi aku syukur dan happy dia tak beli sebabnya kalau tak, lagi bertambah-tambah rasa sebak aku 😭😭 dialah insan selepas mamabah yang tak pernah berkira langsung-langsung dengan aku walau sesen pun dan dialah insan yang ada masa susah dan senang aku. Thanks SJ for this 6 years of friendship. I love you more than you love me.