Sunday, May 3, 2020

A new chapter !

Hi, my imaginary friend !

Ya Allah, lama gila tinggalkan dunia blog bagai ni ~ nak menulis pun rasa kekok sangat haaa ! kalau dulu menulis macam bajet-bajet ada orang nak baca laa blog ni, tapi sekarang rasanya semuanya dah arwah dalam dunia blog. entah mimpi apa pergi cari blog dulu dan rasanya macam kena buat a fresh start. and ... ya, babai semua post-post zaman sekolah menengah dulu, zaman tulisan besar kecik besar kecik, zaman keje nak gaduh je dengan semua orang .. zaman sekolah menengah adalah zaman yang taknak ingat dah (kalau boleh).

so, aku sengaja nak buat summarize kehidupan aku lepas daripada sekolah menengah haritu. untuk catatan diri sendiri je sebenarnya, dan ya untuk bacaan my imaginary friend =D. jadinya, lepas daripada sekolah menengah tu, atas permintaan abah, aku sambung Darul Quran dan ambil diploma. Time tu sebab result spm tak berapa nak mencapai tahap kepandaian seorang makhluk bernama nurul syafiqah ahmad, jadinya terpaksalah ikut je permintaan abah dan alhamdulillah everything are change about 360 degree. Ini kalau nak godek zaman diploma ni, jenuh laa entry blog kalini jadi entry terpanjang dalam dunia.

Lepas ambil diploma, aku decide nak ambil bidang perbandingan agama memandangkan memang bidang tu aku minat dari zaman sekolah lagi dan mamabah pun ok jadinya lepas pencarian dibuat, aku sambung degree dalam bidang usuluddin & falsafah di UKM. salah satu sebab aku sambung UKM adalah sebab dia ada subjek perbandingan agama tu masa tahun 2 dan tahun 3 kita boleh pilih kita nak pengkhususan dalam bidang apa dan tentunya di tahun 3 aku ambil pengkhususan dalam bidang perbandingan agama. Zaman degree ni macam fasa-fasa kehidupan aku hadap termasuklah ambil borang jadi calon MPP UKM (dan akhirnya aku kalah ya tuan-puan,) siapkan tugasan esaimen yang memerlukan aku pergi kuil (yang ni pengalaman paling dahsyat), gereja dan tokong, jadi orang ketiga dalam batch yang siap tesis degree (19.06.19-cantikkan tarikh dia =P), di diagnos ada minor migrain dan gastrik masa tahun 3, di interview sebagai calon anugerah kecemerlangan alumni fpi (dan akhirnya tak dapat pun) dan akhir sekali berakhir dengan konvokesyen degree dan harapan mamabah dan dr farhana untuk aku sambung master. 

jadinya, disinilah aku sekarang. sambung master dalam bidang yang sama cuma pengkhususan berbeza sebab tiba-tiba aku rasa aku nak menyelam lebih dalam, dalam bab pemikiran (yang belajar pasal liberal, sosialis dan semuanyalah). sambil sambung master ni, alhamdulillah aku dah dapat kerja as guru tasmik kat darul quran, kerja pun dari pukul 8-10 je, dan selepas tu fokus aku adalah pada tesis. ya tuan-puan, hidup aku sekarang memang kerjanya mengabdikan diri pada pelajaran je ya, jangan ada soalan susulan please.

ok, aku sebenarnya sengaja nak tinggalkan jejak.

jumpa lagi, baii.

No comments: